Thursday, March 17, 2011

~jawapan exam yang agak cemerlang bagi murid yang agak senget~

gila-gila lah jawapan budak2 nie~~ 
hahaha
sengal-sengal



































































cancel la niat nak jadi cikgu macam nie~ hahahaa

Wednesday, March 16, 2011

~kisah berpisahnya roh dari jasad~

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

dahsyatnya jika kita berniat baik

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

Aku adalah Syaitan

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!


Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.


Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt .


Monday, March 14, 2011

hujung minggu yang indah~~

dah lama x mengepost dekat sini hehe rasa rindu plak..wifi la buat hal..nak on9 pon x leh..huhh sengal

lastt week my mom ada ckp nak dtg pastue die ckp plak x jadi..huhh sape x hangin kan kan..merajuk time tu jugak..ari jumaat ckp nak dtg then saya ckp ' ckp x nak dtg,x yah la datang" haha buat2 tacink la konon nye.. pastue my mom ckp " la merajuk rupenye,pandai merajuk dah" haihhh ingat anak anda ini hati batu ke x pandai merajuk wahai mak ku~~aduhh

pas maghrib saya kuar then terus pergi umah angah ain.sampai kat sana mak uda n family sume ade.pastue die org ajak g gadek~~huhuuu mmg saya nak g..membe2 saya sume dah g..saya je x g coz masa die org pergi ari tue saya x dek~~tapi adik2 saya plak x nak pergi..ahh saya x kira saya nak pergi jugak =) so dengan kuasa veto yang saya ada ( haha kuasa eksyen kamen x main ea kt sini) sume yang ada kat umah tue pergi..agak jauh la jugak dari umah angah ain ke gadek tue..

smpai je kat sana mmg ramai la jugak org nye kan...bayaran masuk rm4 utk dewasa rm2 utk kanak2...dah masuk kite org pergi cari port la kan..tapi port yg die org nak tu da penuh so masuk la kolam yg kecik2..




haha sape suruh x delete pic nie..eden upload laa.. hahaha



fulamak punye la panas air die..x tahan rasa..baru rendam kaki belum rendam badan lagi..walaweyhh mmg tip top la air die..mula2 mmg x tahan tapi rendam kaki sikit2 oastu boleh la masuk tp smpai paras lutut je la..x leh nak masuk satu badan..x terdaya eden~~ haha mak pon boleh masuk tapi abah mmg x tahan hahahah macam main cak cak je ngan air tue..hahahah aummm cak~~ aummm cak~~ haha baru kena air sikit dah keluar balik..x tahan panas..hahahah




smpai pukul 12 lebih la jugak kat situ..pastue da x larat sume balik..time balik tue abah dah mengantuk, bawak kete pon da x betul..aduhhh kecut perut aku naik kete..boleh smpai terlelap!! smbil bawak kete tue..mata terbuka aku rasa..eishhh sabo je la..byk kali plak tue terlelap nye..nasib baik x dek pape.. mak ckp nak bwk die senyap je..kate x pe..nasib baik selamat jugak smpai umah~~ balik2 terus tido..





hari sabtu plak pagi2 dah siap nak kuar..nak pergi tampal gigi ku yg menawan ini..hahahahaha :p gigi saya berlubang  la.. :( cari punya cari punya cari last2 pergi klinik depan kampus je..hahaha padahal 2 3 langkah je dari kampus..haha itu la taktik nama nye..taktik suruh oarent datang kalau kita x balik..muhwahwahahaa
tampal gigi pon da kena rm50 huhhh..melayang sekeping..

dah siap tmpal gigi terus g makan..hehe lapor kottt..dah siap makan pergi tesco beli barang..pow sikit sikit kan..pastue balik gadong jap anta barang semayang pas asar baru kuar balik..pergi mana ntah lagi..g jalan2 kat pantai puteri kejap dah petang baru balik..

hari ahad x g mana pon juz siap2 pagi pastue pergi tasik dekat lake resort dkt belakang zoo...saya nak pergi petang semalam tp hari ni plak baru nak ajak..saya dah bad mood gila dah diam jeee~~x dek nak kate ape.. ye la..dah bad mood nak wat cam ne..muka pon tau2 je la kan..bad mood ni akan datang time dah nak balik melaka atau parent nak balik semula..huhh pastue g makan kat mydin mitc..then terus balik gadong..

hehe balik gadong ape lagi kerja nya kan..mesti lah kro0o0o0oh kro0o0oh tidow..x puas tido umah org..tido kat bilik sendiri ni nyaman je x dek org kacau n bising2..sedar2 tido da pukul 6 lebih..heh x solat asar lagi...solat asar kejap then mlm g wat assignment~~ assignment la sgt kan..huhuuu

Thursday, March 10, 2011

dunia matrix dahulu kala~~

dunia matrik dgn dunia u nie lain tapi sape yg dpt kekalkan cara hidup matrik dekat u mmg aku tabik spring a..tapi cara hidup yg mcm nie la~~

pagi pergi kuliah
tgh hari makan solat study sikit2
smbung clas pukul 2 smpai 4
lepas kul 4 pergi cubic tanya lecturer
ptg sikit pergi riadah
mlm g makan @ masjid 
g library wat tutor@study
blk bilik setelkan tutor@study sikit lagi then tido
bgn awal pagi stdy lagi solat siap2 pergi lecture balik~~
cuti-bgn awal pagi berkurung lm bilik study
study week - dr 1st day study, pergi library,pergi cubic sampai last day study week bilik tenang je,tido awal

bukan cara hidup mcm nie~~

pagi pergi kuliah
tgh hari mkn solat
smbg class @ kuliah
kol 4 blk bilik tido (riadah atas katil)
mlm turun makan
naik bilik borak2
kol 10 start wat tutor(copy)
x pon study la sikit esok nak kuiz
kol 12 tido
cuti-bgn awal tengah hari siap2 g outing
study week- 2 hari last buku berterabur mcm tongkang pecah dlm bilik.abis exam buku2 simpan lam kotak x pon buang tido kol 2 3 pg minum nescafe

:)