Monday, May 25, 2015

Ku Konvo

Last post aku adalah pada 21 Oktober 2013, Hari nie dah 26 Mei 2015. setahun lebih aku biarkan je benda alah (belog) nie. bukan x de benda nak cerita tapi semua berbalik kepada penyakit M.A.L.A.S 

So tanggal 27-28 September 2014 which is 8 months ago,aku officially graduated from UTeM. Orang fikir *especially yg still belajar* graduate nie best. boleh pakai jubah,boleh baling topi boleh itu ini. 

Tapiii ramai yg belum sedar detik kau graduate tu boleh menjadi detik terakhir kau boleh tengok kawan kawan kau. semua happy happy. 

lain la kalau kau seorang sobat yang amat sejati di mana kau jejak kasih kengkawan kau semua tetiap bulan*selalu la kire nya* tanpa mengira jarak jauh atau dekat. haha

tapi macam aku nie, buat masa skrg nie, sempat jejak kasih ngan dak dak kelas yg sambung master je kt ukm tu. itu pun sebab aku selalu ke rumah mak imah, so memang dekat sangat la. Taaapiii. *ade tapi jugak* jejak kasih itu pun bukan nye lelepak mcm masa kau belajar dulu. kali ni, kau hanye akan keluar makan. itu je yg sempat aku buat. 

aritu jumpa lagi la. sempat kis kis sipi sipi pipi je. haha. x sempat punye pasal. sebab tak rancang. tetiba jumpa. hmmm. itu lah yg kita kene hadapi bila da abis belajar nie. sedih kekadang tu, but life must go on. 






antara mereka yang berada dengan aku sepanjang aku belajar,cuba menamatkan pelajaran and bergraduasi.

thanks everibadeh

sampai sini saja.

next post? 
maybe next year pulak kot. haha
k bye
assalamualaikum.

Wednesday, August 3, 2011

Doa Ketika Sedih





Maksudnya:
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)





Maksudnya:“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)






La Tahzan bermaksud jangan bersedih :
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.
Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.




di ambil dari = >  Doa Ketika Sedih

Sunday, July 31, 2011

niat-niat dan doa di bulan ramadhan




lafaz niat puasa ( harian )

          sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadha tahun ini kerana Allah Ta'ala



Doa berbuka puasa



Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa sesudah berbuka puasa



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.




copy saja =p