Showing posts with label kukatakan ini. Show all posts
Showing posts with label kukatakan ini. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

~ FOR U ~

hahaaaa mesti tertanya-tanya kan sape U tu~ hahaha U tu sebenar nya utk my friend nak bg tau nama nnti kembang hidung plak hehehe...kite tengok la akhir2 post nie wether im going to tell u ols or not.. =p

tetiba bila baca blog dia terasa mcm nak tulis pasal die plak tp x bleh la nak panjang2 n puji2 coz dia mesti akan baca punya..so sikit2 dah la yek..hehe mmg fun la kawan ngan die..boleh la di katekan sekepale~ hehehe tp jgn sesekali anda mencuba nasib untuk buat dia marah + bengang + hottt !!! sebab anda mungkin akan mendapat nasib yg x baik selama selama..... selama-lama nya la kott..hehe x dek la gurau je..

dia ni comel..ye la comel la dari aku ni kan..hhehe cantik plak tu adoiii kembang la hidung macik ni nnti...ye la mmg patut la aku puji x kan nak suruh aku kutuk plak kan kan kan =) 

cuti-cuti cam ni rindu plak kat die..bukan kat die je kat semua member aku kat sana..hmmm lame benorrr la cuti ni..nak je aku start class next week jugak! x tau nak wat pape kat umah lari topik ok ok continue balik hmmm hahaha paling x leh bla gelak die..mmg sehabis kuat die gelak n mmg habis kawalan..x leh nak kawal-kawal dah~ hahaha pape pun aku suka kawan ngan die

biarlah org lain x suka aku x kesah pon..ikut suka hati aku la kan nak kawan ngan sape n nak suka sape..its not your business~ ~ hehehhehehe ok la cukup-cukup la ckp psl budak sorang ni kan nnti tulis lebih-lebih takut nnti salah tulis nnti susah plak den nak terang kan kt die~ huhuhihihi ok la

daaa
wassalam 

ehh lupa org yg di maksudkan dia adalah adalah ................ x yah la gi tau ehh hehe baiiiiii


Monday, April 25, 2011

buat yang sedang mencari ♥♥♥♥♥♥

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^

Thursday, March 3, 2011

hati heart ♥♥♥

ok hari ni saya nak buat entry hangit sikit..hehee .entah knp seminggu dua nie HATI saya jadi BENGONG sikit.. (ehh sikit ke??) haha sy pon x tau nak ckp ape..

wahai hati , nyah kan lah semua yang x perlu itu..kau tak akan dapat itu semua

pergi , pergilah wahai angan-angan ku .. jangan kau bebani hati ku ini lagi

jangan kau bertandang ke hati ini jika kau tak boleh untuk mendapatkan nya

memang impossible untuk ku mendapatkan itu..

iTunes nie mcm paham-paham je hati ku ini..dia mainkan lagu TENTANG SESEORANG untuk saya~~



"akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir

raut halus menyelimuti jantungku"


arghhh saya tak nak semua tu..tolonglah tolong pergi..
jangan ganggu ketenteraman saya
jangan mendatangkan keangauan saya
jangan alihkan tumpuan saya



the worst way to miss someone

is someone u see everyday...~~



Walau aku senyum bukan berarti

Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini
Hampa...

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...♥♥♥





“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”




♥♥♥

♥♥♥

♥♥♥

♥♥♥

♥♥♥

♥♥♥

♥♥♥



Friday, January 21, 2011

lelaki cowok guy man boy

suma perkataan tu memberikan 1 gambaran sahaja :::

abah sy OK..not my SUGAR DADDY.. :p



adik2 ku..

hurm apabila berbicara tentang lelaki semua kawan2 ku akan menceritakan tentang pakwe boyfriend teman lelaki teman tapi mesra die org..tapi sy?? cuma akan berdiam diri sambil tersenyum.. :)

setiap org mesti nak kan seseorg yg berlainan jantina utk kita berkongsi hari-hari kita.
menceritakan kisah2 harian kita
mendapatkan perhatian yg x dpt mereka dapatkan dari org lain
bermanja-manja
berkasih-kasih..

sy di sini bukan lah jeles tapi ade la sikit rasa cemburu..haha :p tapi sy x kisah pon sebenar nye..hidup nie dah di tentukan takdir nya..

hadir nya seseorang perlu kita hargai..tapi ketiadaan nya tidak perlu lah kita bersusah hati..
jodoh pertemuan ajal maut sudah di tentukan oleh-Nya di sana..
kita hanya perlu menjalani hidup-hidup yg penuh cubaan & dugaan bagi mendapatkan rahmat dan berkat nya

Thursday, January 20, 2011

mahu ingin nak hendak

kadang-kadang apa yang kite NAK bukan lah apa yang kita INGIN kan
dan kadang-kadang apa yang kita INGIN kan bukan lah apa yang kita NAK
tapi apa yang kita NAK selalu buat hidup kita jadi litar lumba
berlumba-lumba utk mendapatkan apa yang kita NAK kan itu tapi last-last baru kita tahu itu bukan yang kita INGIN kan...
INGIN & NAK bukan lah berbeza tapi juga tak sama
keINGINan lahir dari hati yg berfikir secara jujur & professional serta berpanjangan
manakala NAK lahir dari nafsu yang dicampur dengan pelbagai godaan dan jangka hayat nya pendek
MAHU pula lahir dari hati yang ikhlas tanpa sebarang paksaan
HENDAK adalah rasa yang lahir di dalam hati
namun MAHU INGIN NAK & HENDAK memainkan peranan yang sama dalam pembikinan sesuatu ayat..
apakah peranan ini mahu kita teruskan sehingga ke suatu saat di mana baru kita sedar bahawa MAHU sentiasa berada di sisi kita apabila kita NAK & INGIN tetapi NAK hanya pentingkan diri sendiri tanpa mahu memikirkan apakah keINGINnan..manakala keINGINan sentiasa HENDAK kan NAK & MAHU bersama nya..
jadi pada saat itu apakah yang kita akan dapat
adakah MAHU
adakah INGIN
adakah NAK
atau adakah HENDAK

semua jawapan itu ada pada diri kita..jika kita jumpa kunci nya maka mungkin INGIN lah yang akan kita kecapi namun jika kita masih leka dengan duniawi maka NAK yang akan kita miliki...

B E N C I

mengapa begitu mudah melafazkan benci
adakah kerana ia nya semudah ABC??
mengapa kita suka membenci..
adakah kerana hati kita tak suci??
mengapa benci ada dalam diri
adakah mmg sudah sejak azali??
atau kita yang meletakkan nya dlm hati
apakah kasih bertandang sebelum benci
atau benci sudah bersemadi dalam diri sejak dahulu lagi
di manakah terletak nya benci
adakah di hati atau di kaki??
jika di hati bagaimana pula dgn kasih??
di mana pula letak nya kasih
masih kah di hati atau ada ruang yg tersendiri
bagaimana terbit nya benci
adakah melalui hati 
atau melalui insan itu sendiri
siapakah yang di benci
adakah jasad atau hati
mengapakah membenci
susurilah sungai hati
temukanlah jawapan yg hakiki

hati
di situ ada kasih juga benci
sandiwara yang dibenci tapi jasad yg dikotori

benci
lahir dari hati
yg telah dikotori
tapi jgn  dicemari dgn hasad dan dengki
benci 
melahirkan 1001 ilusi
bagi diri yg menghadapi
zikrullah serta selawat utk mengatasi

~ ~ ~ kadangkala kita membenci seseorang bukan kerana rupa nya tetapi di sebabkan akhlak dan perangai nya..tetapi setiap pembencian akan dibalas dengan pembencian..cubalah kita mengasihi dari membenci kerana benci merosakkan hati memusnahkan diri..convert kan benci menjadi mengasihi..semoga dengan itu segala noda di hati dapat dibasuhi~ ~ ~




p/s terasa ak bermadah pulak malam malam nie...hehe :p
x dek kene mengena dengan yg hidup atau yang telah meninggal dunia...


Thursday, November 25, 2010

kerana bulu mata masuk ke syurga

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”