Sunday, July 31, 2011

fenomena berpuasa


waktu sahur.
mengantuk gila !!!


lepas sahur
sambung tidur balik


pukul 7.30
bangun n aktif



tengah hari
mengantuk n tidur lagi





5.30 petang

penat x mkn.
perut lapo !!


dah terliur tengok juadah kt tv


mmmm sedap nye org dlm tv tu mkn...

7.00mlm
siap-siap nak berbuka





yummy yummy 
best nye

lepas berbuka 



bila perut penuh mula la mengantuk kan.
hmm ape nak jadi budak zaman skrg.. 


tp ditahan mata tu pergi solat terawih dulu ~ ~ 



and finally end with





sleep well ~ ~ ~

niat-niat dan doa di bulan ramadhan




lafaz niat puasa ( harian )

          sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadha tahun ini kerana Allah Ta'ala



Doa berbuka puasa



Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa sesudah berbuka puasa



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.




copy saja =p

~ gong ~

hmm semenjak dua menjak tiga menjak nie pak wang x dek kat umah..kena keje kat kelantan or negeri sembilan..so m.andak ajak tido kat umah..sebelum nie kalu bukan angan ida ,nurul yg tido..kalu bukan dua dua tu aku la yg g umah m.andak hehe tp sehari dua baru2 nie aku ngan angah g sekali..

kalu dok umah m.andak nie aku pon akan kembali ke zaman dahulu kala yg meminati kartun la~ haha mmg tv umah m,andak akan pasang kartun 24 jam utk yasmin ngan jojo..hehe aku ngan angah pon akan tumpang sekaaki la kan..suke ke x suka ke kartun tu tetap kena tengok jugak..tp bila da lama2 tengok mcm best la plak kan..hmmm

nak dijadikan cerita satu malam tu m.andak penat,so da tido awal dah..amin pon maybe x tido petang so mlm tu awal la tido nye..angah plak dok tepuk2 jojo suruh tido last2 angah yg tido aku plak still dok ngadap lappy lagi..hmm dlm pukul 10.30 tu tetiba da datang ngantuk so lepas da tutup sume lappy bagai aku pon pergi la tido

dalam 15-20 minit lepas tu kan kan kan tetiba terdengar ada satu bunyi yg x berapa nak pelik pon sebenar nye..bunyi "GONG" mak aihhh terkejut la jugak kan..seram la jugak..terpikir pikir la jugak kan bunyi ape.. al maklum la sekarang kan dah akhir zaman..akhhir zaman kan ilmu-ilmu hitam ilmu-ilmu sihir dah semakin maju pulak kan..takut la jugak kot kot ada benda2 kan..

tp berfikirang positif !!! maybe tu bunyi batu terpelanting kena tayar motor ke kereta ke lori ke..maybe org baling batu ke saje nak menakut kan..huhhhh seram seyhhhh tp dlm duk pikir2 positif tu lastly tertido jugak hehhe nasib baik..huhh lepas tu baru cerita kat m.andak.. then m.andak kate.." baik pikir gitu.jgn pikir benda2 x molek...tp kadang2 bunyi tu maybe datang dr jalan besar depan sana..bunyi langgar ke bunyi hape ke coz kat depan tu mmg jalan besar yg menghubungkan dr TERENGGANU , KEMAMAN , GEBENG , PELABUHAN , BALOK  ke KUANTAN....so aku pon pikir maybe ye la kot.. pastu masa anta angah ke rumah m.andak ada plak nampak perigi n ada atap zink yg tutup perigi tu..maybe batu terpelanting kena kat zink tu~ hmmm maybe -.-

berhabuk

dah berapa lama dah agaknya aku x memblog kan diri kt sini ek..mau nya dah sebulan kot..x tau nak cerita ape sebenar nye..heheh x de ape yg menarik sangat utk dikongsikan..hmmm so aku biar je la blog ni bersawang ke berhabuk ke ber ape ke sebab aku mmg x dek cerita nak cerita kat hang pa sume..

hmm yg boleh aku ckp ari ni, hehe dah 2 minggu lebih aku belajar jahit ngan mak sedara aku..hehe lepas dah buat baju kurung..nak jahit naju die saja dekat seminggu tau !! hahahaha ye la aku kan baru belajar..mesti la slow2~ hehe baju aku warna merah menyala~ mwahahha garang gile kaler die..nape aku pilih kaler tu..coz aku tgk membe aku pakai kaler merah nmpk cntik..so aku pon nak la sepasang kan..aku x dek lg merah kosong~ warna merah mmg da ada sepasang tp merah cmpur coklat~ hehehe lepas ni ingat nak jahit manik sikit kt leher ngan lubang baju tu~ tp tengok la kalau menjadi kan kan..sebab penyakit malas mmg x abis lagi nie.. huhuhuu

minggu lepas jugak makde aku ada bg duit utk baiki skuter aku..wahhhh sekarang skuter aku da setanding ngan moto2 kat luar tu..mwahahah sebelum ni skuter tu paling laju boleh bawak 30km/h je~ haaa sekarang kire laju la jugak dlm 60km/h..aku rasa bila aku bawak skuter tu dlm 60km/h mcm same ngan bawak lagenda 80km/h entah la..maybe sebab enjin die yg bunyi kuat kot..tp mmg seram la kan kalau tengok meter kalau dah nak sampai 70km/h mmg aku akan brek la..x nak la aku..tp kalau bawak legend pergi 120km/h pon x pe lg~ heheheh ngan motor lagend syafiza tu aku pernah lumbe ngan sorang mamat nie..mmg buat hot aku je..
aku slow die slow aku laju die pon laju..then aku slow balik die pon slow..aku ape lg mmg aku pecut la kan..tu yg smpai 120km/h tu huishhh mase tu baru blk kerja dlm 10.30pm gitu..tetiba aku teringat kat area tu selalu accident so aku pon slow down la kan..x kan nak cari maut plak..hmmm laki tu gelak je bila aku slow down..cehh kalu time tu aku bawak LC kompom2 kau aku dah tinggal jauh kebelakang..ngan legend pon kau tertinggal ke belakang~ ngeee hhaahahah sekali sekala merempit best jugak kan..tp x dek la aku buat ari2..time tu je..hehe

hmm pasal skuter aku tu kene tukar paip baru..mau terbang rm150..huhhh sekarang senang sikit aku nak gerak..dulu kalau g bandar kena naik teksi n bus tp skrg senang la sikit naik motor..x yah aku nak kena jalan kaki lagi kan..al maklum la aku nie pemalas~ hehehe mana nak jalan2 kaki nie..hehe

Friday, July 15, 2011

jubah untuk ibu ep. akhir

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Tuesday, July 12, 2011

jubah untuk ibu ep.6

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.


“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 

Buat ibu yang sangat dikasihi, 

Ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi.

Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…

UNTUKMU IBU! 

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0


ni poster perhimpunan bersih tahun 2007


and tahun ini sekali lagi perhimpunan bersih diadakan..
hmmm malam nie mesti banyak cerita yg keluar kan kan..
jom lah kita sama2 tengok berita malam nie
kite tengok apa yg die org nak cakap
kite tengok tengok tengok !!!!!
jangan lupe..
tengok ye ~~~

Thursday, July 7, 2011

jubah untuk ibu ep.5

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu.

Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

bersambung~ ~ ~

Friday, July 1, 2011

jubah untuk ibu ep.4

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek.

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah..