Thursday, March 17, 2011

~seandainya aku pergi sebelum mu~

salam ukhwah buat semua..

"seandainya aku pergi dahulu..."

tidak dapat kubayangkan akan kesakitan sakaratulmaut itu..
akan tetapi..
setiap insan di muka bumi ini pasti akan melaluinya
termasuk diri ini
terkadang aku rasa seolah-olah hanya aku yang berada di bumi ini
hanya aku yang punya perasaan dan hanya aku yang perasan akan wujudnya insan disekeliling aku
aku takut..
suatu hari nanti..
aku akan pergi ke dunia lain buat selamanya
cukupkah amalanku ?? sudahkah aku membalas jasa-jasa bonda dan ayahndaku ??
sudah puaskah aku hidup sebagai seorang hamba Allah di dunia ini ??
sudah bersiapkah aku untuk menempuhi hari itu ??
ya Allah..
aku takut...
aku takut untuk tinggalkan insan yang aku sayang..
aku takut saat itu tiba di usiaku kini..
aku risau..
risau untuk tinggalkan mereka yang aku sayang
melihat mereka menangisi dan meratapi pemergianku
di hadapan mataku sendiri...
ya Allah...
aku tidak sanggup untuk semua itu..
tetapi...
jika sudah tiba waktuku
aku akur akan semua itu..
aku terima dengan redha..
dan sekiranya aku pergi dahulu..
Kau berikanlah kekuatan serta ketabahan hati kepada semua insan yang aku sayang
jangan biarkan mereka menitiskan walau setitis pun air mata
tetapi
hanya alunan ayat-ayat suci al-Quran yang aku perlukan daripada mereka
sebagai persediaan untuk aku melangkah ke dunia itu...

"andaiku tahu, kapan tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku"
buat semua teman-teman yang aku sayangi
terima kasih atas segalanya
maaf ku pinta 
tulus ikhlas dari hatimu
senadainya aku pernah mengguris hati dan perasaanmu
ku mohon keampunan itu..

p/s kepada semua termasuk diri ini
beringatlah sebelum terlambat
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
seandainya salah dan silap yang telah dilakukan
mohonlah keampunan seikhlas hatimu
moga mendapat keredhaan serta keampunan daripadaNya..
~insyaAllah~

No comments: